Masalah Van Jenazah Tiada,
Masuk Kubur Naik Lori

20 Buah Van Jenazah Telah Diserahkan

HAMPIR SETIAP MINGGU ADA JENAZAH YANG PERLU DIURUSKAN

VAN JENAZAH YANG SEDIA ADA SUDAH TERLALU UZUR

ADA KALANYA DALAM SEHARI PERLU MENGURUSKAN BEBERAPA JENAZAH SERENTAK, VAN YANG ADA TIDAK MENCUKUPI

Lori mengangkut buah kelapa sawit dan pacuan empat roda menjadi kenderaan terakhir untuk para jenazah.

Setiap kali berlakunya kematian, pihak pengurusan jenazah terpaksa meminjam lori kelapa sawit atau kenderaan pacuan empat roda untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan.

Inilah Yang Selalunya Berlaku Bila Masjid Tiada Van Jenazah

Ramai yang terlepas pandang akan perkara ini dan ramai yang tidak mengambil peduli kepentingan adanya van jenazah di setiap masjid.

Keadaan ini menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan dengan menyediakan khidmat van jenazah tetapi mengenakan caj yang agak mahal.

Bayangkan mereka yang tidak berkemampuan tetapi tiada pilihan lain untuk membawa pulang jenazah dari hospital/masjid atau ke tanah perkuburan.

Sudahlah kesedihan kerana kehilangan insan tersayang, tetapi dibebani pula dengan caj van jenazah yang mahal.

Bagi meringankan bebanan ini, Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman Bin Auf menubuhkan Projek Wakaf Van Jenazah bagi mendapatkan dana untuk mewakafkan sebuah van jenazah kepada masjid yang terpilih.

SENARAI PENERIMA & BAKAL PENERIMA WAKAF VAN JENAZAH

VAN JENAZAH YANG AKAN DISUMBANGKAN

Van yang berteknologi tinggi melancarkan perjalanan penghantaran jenazah.

Ruang yang luas memberi keselesaan kepada penyumbang terutamanya bagi perjalanan yang jauh.

Video Kenderaan Van Jenazah Yang Disumbangkan

Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman Bin Auf

Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman Bin Auf dahulunya dikenali sebagai Koperasi Komuniti Bandar Laguna Merbok yang terletak di Gurun Kedah ditubuhkan khas bagi menjalankan projek wakaf van jenazah.

Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman Bin Auf

Sejak projek ini dilancarkan, Alhamdulillah dengan dana yang terkumpul, sebuah van jenazah wakaf sudah diserahkan kepada Masjid Darul Nadwah di Kuala Nerang, Kedah.

Kami berhasrat untuk membantu banyak lagi masjid lain mendapatkan van jenazah. Namun, kami memerlukan sokongan dan sumbangan dari anda semua bagi menjayakan usaha ini.

Bayangkan jika anda berwakaf, selagi mana van tersebut digunakan, selagi itulah pahala terus mengalir di dalam diri anda.

"Jika seseorang manusia mati maka terputuslah daripadanya amalnya kecuali dari 3 perkara; dari sedekah jariah atau ilmu yang diambil manfaatnya, atau anak soleh yang mendoakannya" (Hadis Riwayat Muslim)

Jom teruskan niat murni anda untuk berwakaf bagi melaksanakan fardu kifayah. Semoga para dermawan sekalian sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.

Slot Wakaf Kenderaan Van Jenazah

2516 Lot Untuk 1 Van Jenazah Berharga RM125,800

Sumbangan Secara Terus

SEBARANG SOALAN & PERTANYAAN MENGENAI KEMPEN INI BOLEH TEKAN BUTANG DI BAWAH